Tuesday, September 27, 2011

"awak ni memang takde kesedaran sivik ye?"

Tersentap tatkala mendengar pengucapan cikgu.
Setelah berceloteh panjang dengan amplitude yang tinggi dan dah tentu tentu sarkastik, aku dibedal dengan ayat yg cukup menusuk kalbu.

AKU TAKDE KESEDARAN SIVIK.

Tak aku nafikan air mata memang dah nak dirembes keluar masa tu, dah la depan orang ramai.
Dgn nada cikgu yang agak kuat, aku sangat pasti ramai yg dengar.
Rasa cukup terhina.
SUNGGUH TAK TIPU!

Hanya sebab aku menyatakan hasrat untuk menukar kursus, aku dilabel sebagai PELAJAR YG TIADA KESEDARAN SIVIK.

Permohonan aku ditolak mentah mentah seperti cinta yang tak terbalas apatah lagi dipandang walau dengan sebelah mata.
Surat permohonan dan sebab sebab penukaran yang telah aku karang dengan begitu puitis tak dibaca LANGSUNG seolah olah kiriman surat cinta aku tak diendah.

SEDIH!
SEDIH SANGAT SANGAT!

Selama ni aku selalu fikir, membesar dalam kalangan ahli keluarga yang baik baik dan jarang sekali membuat kejahatan, 
aku yakin aku memang anak yang baik dan pelajar yang bertanggungjawab.
Kecewa dgn diri sendiri lagi lagi bila cikgu aku sendiri yang cakap macam tu.

Aku sedar penukaran ini memang akan menyebabkan mereka yg lain tak dapat nak masuk kursus kursus yg masih available.
Dengan tindakan aku yang mahu menukar semestinya akan mengakibatkan mereka yang lain terkesan dengan hebatnya lebih lebih lagi kat pointer dorang.
Tapi aku pulak macam mana? Alasan yang aku ada memang kukuh. Aku bukan sngaja.
Dengan tidak menukar kursus berkemungkinan besar pointer aku yang akan menerima akibatnya.
SELFISHkah aku yang mahu menyelamatkan diri?

***
Saya tak kisah dgn aktiviti awak d fakulti.
Semua tu termasuk dalam pointer ke?
Akan effect CGPA awak ke?.
Awak ni patut blajar macam mana nak manage hidup awak dengan betul.

DENGGG!

Kena skali lagi.
AKU TAK RETI NAK MANAGE HIDUP AKU KE?

Ya Allah, sedihnya dgn peng-labelan yg cikgu berikan kat aku.

Aku melangkah keluar dari pejabat cikgu dengan hati yang sebal, kecewa, terhina tapi dengan semangat I CAN DO THIS.
Kalau sem dua yang lagi macam haram tu aku mampu lalui tak kan sem 3 yang baru bermula ni aku dah nak surrender kan?
Kemonnn TAK KELASSS KAU JAH dengan perangai macam ni!!

Aku tabahkan hati, teruskan perjalanan ke fakulti ditemani dua orang rakan.
Lagipun appointment dengan abg technician tinggal lagi beberapa minit.

okaybai.