Tuesday, January 31, 2012

borak - borak

situasi : 
Aku tengah asyik melipat selendang sambil bersila di atas lantai bilik. Keadaan bilik pada tika itu bersepah dan katil aku masih bogel tanpa cadar penuh dengan tracksuit, hanger dan tudung. Pintu bilik luas terbuka.

Tetiba, ada satu suara menegur.

Mak suuu ! 

Me : EH! Hai abang. Abang dah mandi? Waa kacak lah abang! :)
Irfan : *senyumsenyummalu* Mak suuu mak suu, cube teka umur abang brapa.
Me : Emm. Abang 6 tahun kan.
Irfan : Haaa, betul. Abang 6 tahun, kakak 9 tahun, adik 3 tahun. Mak suu mak suu, mak suu brapa tahun?
Me : Ce abang teka.
Irfan : Alaaa abang dah teka dulu, tapi abang lupa laaa.
Me : Alaaaaaaaaaaa teka la, teka la.
Irfan : 21 tahun !
Me : Haa betul la tu.
Irfan : Betul? *mukatakpercaya*
Me : Yela. Hebat lah abang !!
Irfan : Abang memang hebat. *mukaconfident*
Me : =.=! *speechless* cannot go budak kecik niii.