Okay, pendahuluan yang tiada kena mengena dengan cerita.
Sedang asyik menunggu Maira balik sekolah, dalam kereta, mak, abah, aku dan kakak pun bercerita lah. Catching-up perkara yang terjadi semasa keberadaan aku di Johor. Cerita punya cerita, tetiba pintu kereta dibuka, lalu masuklah Maira dan kakak. Kereta kemudiannya bergerak menuju ke rumah.
Dalam perjalanan pulang tu kakak pun bersuara dengan amplitude yang tinggi sambil tangan menepuk-nepuk lengan aku dengan mimik muka gembira tersengih-sengih kemudian berkata
"Azieeeee, ada berita gembira ni."
Gelak gelak, tepuk tampar lengan aku lagi. Aku pun dah pelik. Apa yang gembira sangat ni.
"Pa dia, pa dia?" tutur aku.
"Haaaa, kau ingat lagi tak ustaz comel yang hari tu kita jumpa kat rumah Aunty !@#$?" kata kakak.
"Ustaz comel? Yang mana ni?" aku membalas.
"Alaaa yang jumpa masa kenduri bla bla (cuba untuk describe agar aku ingat) bla bla" tambah kakak.
"Kau tau tak, dia rock ohh, pakai motor besar, pegi kenduri pakai sluar dgn tshirt je." sambung kakakku lagi seorang.
"Ha habes tu, kenapa?" aku bertanya.
"Ohh dia single lagi tu, aku suruh mak approach dia untuk kau." kakak berkata lagi.
"HUH? Weh!! Eeeeeeeeeeeeeee apa ni apa ni? Makkkkkk, apa ni apa ni. Eeeeee macam ni ke rasa bila family tentukan jodoh? Eeeeeeeeeeee takutnya takutnya!" rintih aku (cewah siap merintih lagituww).
"Takde la, mak tak pegi pun. Ni kakak ni asyik suruh pegi je. Mak takdenya nak pegi sebab setahu mak Azie macam dah ada calon je." kata mak.
Kemudian aku pun membentangkan laporan kepada mak mengenai perancangan nak keluar tapi tak jadi tu. Kakak yang seorang ni peliks lantas bertanya "Azie, sapa aziee? Mass to charge ratio kee?"
Aku gelak saje.
Ya Allah!
Sesungguhnya tah macam mana nak terangkan apa perasaan aku tatkala mendengar kakak cakap "Aku suruh mak approach dia untuk kau."
Rasa nak menangis tak keluar air mata.
Wuwuwwww.