Tuesday, June 28, 2011

Kejadian petang duapuluhenamharibulan.

Assalamualaikum !


3.45petang.
Hujan mula turun. Makin lama makin lebat. Angin kencang. Pokok buluh ummi melambai lambai hebat ! Ummi lantas berkata cemas tahap pertama "Zura! ce tengok bilik bocor tak?". Kakak dengan pantas memanjat tangga terus ke bilik.

Beberapa saat kemudian.

"Makkkk, bilik bocorrrrr :(". Teriak kakak dari tingkat atas. Aku dan ummi berlari kecoh ke atas. Yep, teruk benar kebocoran siling bilik kakak. Tapi since hujan masih lebat, proses mengemas tak boleh nak dijalankan. Aku berlalu pergi ke bilik aku, nak la check jugak kalau kalau bocor. Aduiii malasnya nak kemas kalau bocor. Nak lap lap lagi. Haih, malas malasss.

Semua kembali turun ke ruang makan. Ummi ke dapur. Tiba tiba terdengar "Ya Allah, pokok daun pandan mak tumbang!". terkocoh kocoh aku ke dapur diikuti kakak dan walid - menjenguk menerusi tingkap di hadapan sinki. Aku berlalu ke ruang tamu menuju ke pintu sliding door sambil melihat sepi akhbar akhbar lama dekat pondok luar rumah dan berhampiran buaian, berterbangan dan dibasahi air hujan - bersepah. Sangat tragis kawasan luar rumah pada ketika dan saat itu. *cewah* Aku berlalu dan duduk terpegun atas kerusi panjang melihat menerusi sliding door yang yang dilitupi nipis day curtain. Pandangan luar kelihatan samar samar. Aku terus memandang ke luar sambil menghirup sedikit kopi berperisa hazelnut yang makin mendingin. "Ya Allah, teruknya ribut" aku bermonolog dalaman. Tak tau kenapa masa tu aku terus teringat, "ohh! buku pasal kiamat tu aku tak habes baca lagi."

4.00petang
Hujan dah mula kebah. Proses pembersihan giat dijalankan. Akhbar akhbar lama dikutip, pokok pokok diadjust kedudukan, lantai balcony belakang rumah disimbah air dan dibasuh, kain basah mula digantung, kain kotor lain mula di basuh. Gigih ummi dan kakak membetulkan keadaan rumah.

Di mana aku ketika itu? Ye, aku masa tu tengah meng-registerkan diri dan kakak kakak dekat Jacob, Walk of Life. Hehe.

But still, untuk tidak merasakan diri terlalu tidak berguna, aku ada juga tolong mop lantai. Haha!




*Kenapa aku boldkan perkataan sepah tu? 
Haha. Rindu laaa nak tengok sepah kat ML. Sekarang ni aku dok ulang ulang tengok kat youtube dan aku dalam usaha meng-download video mereka. Ye, aku masih ketawa dekat scene yang sama. Nak jumpaaa Jep!


Till then.
:]